Piagam Pelanggan

misi dan visi

 

  1. Pemasangan meter air baru akan dibuat dalam masa 7 hari bekerja selepas semua bayaran termasuk wang cagaran dibayar.
  2. Semua pertanyaan lisan mengenai bil-bil akan diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 1 hari
  3. Meter air yang telah dipotong sambungannya akan disambung semula dalam masa tidak melebihi 3 hari bekerja selepas pembayaran untuk sambungan semula dan tunggakan dijelaskan.
  4. Wang cagaran akan dipulankan balik kepada pengguna dalam masa 1 bulan melalui cek setelah notis untuk menamatkan perkhidmatan diterima.
  5. Catuan atau gangguan bekalan air berjadual akan diberitahu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan melalui media massa utama.
  6. Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 1 hari untuk memperbaiki paip agihan air yang pecah atau bocor setelah aduan diterima
  7. Maklumbalas untuk permohonan kelulusan plan-plan retikulasi air dan sistem paip perkhidmatan dalaman mengambil masa tidak melebihi 3 minggu selepas menerimanya.
  8. Memberi layanan yang saksama dalam penyediaan perkhidmatan bekalan air kepada semua pelanggan.

 

Ke Atas