Mengenai Kami

 

Lembaga Air Perak (LAP) suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Air Perak 1988 bagi maksud menyediakan perkhidmatan bekalan air di negeri Perak. LAP telah ditubuhkan pada 1 Januari 1990. Sebelum penubuhan LAP, perkhidmatan bekalan air di Perak pada mulanya dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Perak dan kemudiannya oleh Jabatan Bekalan Air Perak. Lembaga Air Perak yang membekalkan  air bersih untuk lebih daripada 2.5 juta orang adalah yang ketiga terbesar operator air di Malaysia selepas Selangor dan Johor.

Pengurus Besar yang dilantik oleh Lembaga Pengarah dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksanakan, untuk menguruskan operasi dan hal ehwal kewangan dan pentadbiran Lembaga Air Perak.

Penstrukturan semula industri air di Malaysia telah dijalankan pada tahun 2008 untuk menyelesaikan isu-isu pembiayaan CAPEX. Dengan penyusunan semula itu, operator air di Malaysia akan beroperasi sebagai sebuah entiti ringan aset. PAAB ditubuhkan sebagai satu badan khas untuk menyediakan pembiayaan CAPEX bagi agensi air milik negeri.

Ke Atas