Kaedah Penjimatan Air

kaedah penjimatan air

Sebagai pengguna yang bijak air harus dijimatkan.sebaik mungkin. Disini terdapat cara penjimatan air :-

 

BIJAK MENGGUNAKAN AIR MENGUNTUNGKAN ANDA

 

Selain daripada udara, air merupakan asas kehidupan manusia.  Air amat berharga dan merupakan bahan yang sangat penting untuk kehidupan. Walau bagaimanapun ramai daripada kita yang tidak mengambil peduli akan kepentingan air. Walaupun demikian, terdapat pelbagai cara kita boleh bertindak. Sebagaimana yang anda dapati tertera di bawah ini, penjimatan air adalah mudah.  Apa yang perlu anda lakukan ialah memberi sedikit perhatian terhadap apa yang anda lakukan setiap hari. Walaupun negara kita menerima kadar air hujan yang tinggi, ini tidak bererti bahawa kita tidak akan menghadapi masalah krisis air.  Pada tahun 1998 yang lalu, negara dikejutkan dengan masalah kekurangan air terutama di Negeri Selangor dan Melaka. Krisis air ini mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali pulih seperti sediakala serta menelan kos yang tinggi untuk menyelesaikannya. Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat tinggi kos pembinaannya.Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat tinggi kos pembinaannya. Oleh itu setiap kali anda menggunakan hos untuk mencuci halaman rumah, menyiram pokok, rumput halaman, atau ingin mengambil masa yang lama di dalam bilik mandi anda, atau menangguh pembaikan paip bocor anda, fikirkan kaedah-kaedah yang dinyatakan di bawah ini. Ambil tindakan seperti yang disarankan. Dengan cara ini anda telahpun menyumbang kepada penjimatan penggunaan air yang amat berharga kepada semua kehidupan. Purata satu tahun penggunaan air untuk sebuah rumah di Ipoh ialah 500,000 litres atau lebih kurang isipadu 10 buah kolam renang berukuran sederhana.

GraftMalay

Carta 1 :  Pecahan Penggunaan Air Rumahtangga

 

 

HALAMAN RUMAH

 

      • Cara bijak untuk mengekalkan kehijauan taman anda ialah menggemburkan tanah, membaja dan menyiramnya sebanyak 2 KALI SEMINGGU untuk pertumbuhan yang baik.
      • Apabila  memotong rumput, pastikan rumput halaman anda tidak dipotong terlalu pendek (kurang daripada 2 cm) kerana ini akan menyebabkan rumput anda kekurangan daun hijau yang melindungi dirinya daripada kesan pembakaran di bawah panas terik matahari.
      • Gunakan baldi atau ‘sprinkler’ yang sesuai aliran airnya.  Sekiranya ‘sprinkler’ digunakan pastikan limpahan airnya tidak terlalu halus dan tersebar kerana mudah ditiup angin yang boleh mengurangkan keberkesanan siraman anda.  (Sprinkler’ yang lupa ditutup boleh membazir air sehingga 1,000 litre sejam)
      • Gunakan penyiram ‘sprinkler’ halaman yang mempunyai kawalan ‘timer’ jika perlu.  Jangan lupa memeriksa masa/tempoh yang dipilih supaya ianya bersesuaian.
      • Siram tanaman halaman anda di waktu awal pagi atau lewat petang iaitu di masa tanaman halaman anda boleh mendapat faedah yang maksimum daripada air yang anda sirami.
      • Terlalu kerap menyiram tanaman halaman anda boleh mengakibatkan akar menjadi pendek (cangkat) dan sukar untuk hidup.  Kurangkan kekerapan menyiram halaman anda tetapi hendaklah menyeluruh yang membantu pertumbuhan akar yang sihat.
      • Elakkan penyiraman yang berlebihan kerana ianya adalah satu pembaziran.  Landskap yang bijak boleh menjimatkan sehingga 50% kegunaan air untuk halaman anda.
      • Sekiranya anda mencuci kenderaan anda SEKALI SEMINGGU dan membiarkan air tidak bertutup sebenarnya anda telah menggunakan 1,500 litres sejam atau bersamaan 18,000 litres setahun.  Gunakan baldi (bukannya hos yang terbuka) untuk membasuh kenderaan anda.
      • Untuk membersihkan halaman gunakan penyapu  (bukannya hos air).  Ini boleh menjimatkan anda
      • Sekiranya anda mempunyai bahan baja kompos penutup bumi gunakannya agar dapat mengurangkan pengeringan tanah tanaman anda.
      • Hadkan penggunaan hos anda secara menyiram pantas di peringkat permulaan penyiraman halaman untuk menolak kotoran dan minyak dan seterusnya membilasnya dengan air perlahan untuk menghanyutkannya.

 

 

BILIK MANDI

 

Sekiranya anda menggosok gigi anda sebanyak 2 kali sehari, 3 minit setiap kali, dan membiarkan pili paip terbuka, anda akan menggunakan lebih kurang 5 litres air seminit, iaitu lebih kurang 11,000 litres setahun, seorang!!… )  Oleh itu :

 

      • Gunakan gelas minuman untuk berkumur selepas menggosok gigi.  Kurangkan penggunaan ubat gigi yang berlebihan.  Anda boleh menjimatkan lebihkurang 9,000 litres setahun, seorang.
      • Gunakan kepala ‘shower’ yang tidak terlalu besar.  Kebanyakan kepala ‘shower’ model lama menggunakan 20 litres seminit atau lebih daripada itu.  Model baru kebanyakannya menggunakan 9 litres seminit.  Langkah penjimatan 45% keupayaan ini dapat menjimatkan kira-kira 28,000 litres setahun seorang (Dengan kepala ‘shower’ model lama yang menggunakan 20 litre seminit, sekiranya anda mandi selama 7 minit setiap kali, bererti penggunaan adalah sebanyak 50,000 litres setahun).
      • Jimatkan air dengan menghadkan penggunaan mandi setakat untuk membersihkan diri sahaja.  (Perbuatan ‘berkampung’ di dalam bilik air bukan sahaja membazir air bahkan juga masa yang berharga)
      • Sebuah tandas yang bocor boleh membazir air sehingga 16,000 litres setahun.   Pastikan kebocoran di tandas dibaiki dengan segera.  Dapatkan khidmat tukang tukang paip berdaftar untuk tujuan ini.
      • Menggantikan tandas’single flush’ dengan ‘dual flash’ cistern boleh menjimatkan 5 litre air setiap ‘flush’.  Sekiranya rumah didiami oleh 2 orang dewasa dan 3 kanak kanak dengan 4 kali flush sehari/seorang, ianya melibatkan penjimatan sebanyak 36,500 litres setahun sekeluarga.

 

 

DAPUR DAN MESIN PENCUCI

 

      • Sebuah pili boleh mengalirkan air antara 15 ke 25 litres, setiap minit.  Oleh itu :
      • Basuh pinggan mangkuk anda dengan mengisi sinki dengan suku atau separuh penuh sahaja.  Sekiranya masa membasuh lebih kurang 3 – 5 minit anda boleh menjimatkan lebih kurang 33 – 48 litres sebasuhan.
      • Anda boleh menggunakan sehingga 120 litres air untuk mesin basuh anda setiap kali digunakan. Oleh itu jangan gunakan mesin basuh sekiranya jumlah pakaian terlalu sedikit.
      • Membasuh pinggan mangkuk menggunakan ‘dishwasher’ menggunakan 35 litre air sebasuhan. Oleh jangan gunakan ‘dishwasher’ sekiranya jumlah pinggan mangkuk terlalu sedikit.
      • Apabila anda ingin membeli mesin basuhan pakaian yang baru pilihlah jenis yang menjimatkan dari segi kegunaan air.  Anda mungkin dapat menjimatkan air dan juga wang anda di sepanjang jangka hayat mesin basuhan tersebut.

Ke Atas