Faq

soalan lazim

 

S : BILAKAH BEKALAN AIR ANDA AKAN DIPOTONG ?

J  : Bekalan Air di Premis anda akan dipotong/ dikunci (clamp) setelah tunggakan bil air tidak dijelaskan selepas 14 hari dari Notis Pemotongan dikeluarkan, dan/atau tunggakan bil 2 pusingan telah pun berjumlah RM 40.00 dan ke atas.

 

S : APA PERLU ANDA LAKUKAN JIKA ANDA MENERIMA BIL PEMOTONGAN WALAUPUNBEKALAN MASIH LAGI DITERUSKAN ATAS SEBAB TERTENTU ?

J : Sekiranya pemotongan bekalan air di premis anda tidak boleh dilakukan ( contohnya, jika laluan ke meter anda terhalang kerana pintu pagar berkunci), dan/atau apabila Bil Pemotongan ini diserahkan di premis anda, maka bekalan anda dianggap sebagai telah dipotong dan anda dikehendaki menjelaskan bayaran seperti dinyatakan di dalam Bil pemotongan tersebut. Sekiranya anda telah menjelaskan BIL SEMASA anda sebelum tarikh Bil Pemotongan diserahkan, sila kemukakan bukti pembayaran kepada Unit Tunggakan dan Penguatkuasa Lembaga Air Perak, dengan mengemukakan resit bayaran anda supaya bayaran caj pemotongan (RM35) dan bayaran Sambung semula (RM35) boleh dibatalkan.

 

S : APAKAH TINDAKAN YANG DIKENAKAN TERHADAP ANDA JIKA DIDAPATI ‘SEAL’ DIPUTUSKAN ATAU PENYAMBUNGAN TANPA KEBENARAN DILAKUKAN ?

J : Jika, pada bila-bila masa selepas bekalan air anda telah dipotong oleh Lembaga Air Perak (LAP) didapati ‘seal’nya diputuskan dan bekalan air di premis tuan telah disambung tanpa kebenaran LAP, ini adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan gantirugi kehilangan air/gantirugi sehingga RM100/hari bagi setiap hari air itu telah digunakan.

 

S : BAGAIMANA BEKALAN DAPAT DISAMBUNG SEMULA DAN DI MANAKAH PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT ?

J  : Bekalan air anda hanya akan disambung semula (secara membuka semula ‘seal’) setelah Bil Pemotongan ini dijelaskan dan pembayaran diterima hanya di kaunter pembayaran Lembaga Air Perak sahaja.

 

S : APA AKAN TERJADI JIKA ANDA MASIH TIDAK MEMBAYAR KESELURUHAN JUMLAH BIL YANG TERTUNGGAK ?

J  : Selepas tamat tempoh 30 hari bekalan air dipotong atau bil Pemotongan diserahkan dan hutang bil air masih belum dijelaskan, maka anda dianggap tidak lagi berminat menggunakan perkhidmatan LAP dan  LAP akan membuka meter air anda serta memotong paip bekalan air di paras bawah tanah atau di luar kawasan rumah atau pun dikunci (clamp)  dan seterusnya proses  menutup akaun anda diambil. Tindakan undang-undang akan diambil bagi menuntut balik segala hutang dan kos sampingan daripada anda sebagai penyelesaian terakhir.

 

S : BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SEMULA BEKALAN AIR SETELAH METER ANDA DITANGGALKAN ATAU AKAUN ANDA DITUTUP ?

J : Sekiranya anda selepas itu ingin menyambung semula bekalan air, anda masih dikehendaki menjelaskan semua hutang dan kos sampingan dan hendaklah membuat permohonan baru melalui mana-mana tukang paip berdaftar (kosnya ditanggung sepenuhnya oleh anda sendiri) ATAU dilaksanakan oleh LAP dengan caj bayaran pemasangan RM50.00/RM120.00 mengikut peraturan semasa Lembaga Air Perak.

 

S : SALAM, KENAPA BACAAN BIL AIR TAK DIBUAT SETIAP BULAN TETAPI 2 BULAN SEKALI? BUKANKAH TARIF AIR MAKIN BANYAK GUNA MAKIN MAHAL? TERIMA KASIH.

J :  Pihak Lembaga Air Perak (LAP) memandang serius aduan yang dikemukakan oleh pengadu yang mendakwa bacaan bil air 2 bulan sekali telah merugikan pengguna. Adalah menjadi polisi Lembaga Air Perak (LAP) pada masa kini membuat bacaan bil sebulan sekali bagi premis-premis yang penggunaannya tinggi, dan bagi penggunaan domestik yang penggunaan airnya adalah rendah bacaan dibuat pada setiap dua bulan sekali bagi seluruh Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu, kaedah pengiraan air samada bacaan secara sebulan sekali atau pun dua bulan sekali tidak merugikan pengguna . Penggunaan air bagi 2 bulan akan dibahagikan dua untuk mendapatkan kegunaan air setiap bulan. Kemudian penggunaan air sebulan tersebut akan dikenakan mengikut kadar tarif air semasa. Bagi mendapatkan bil untuk dua bulan bil air sebulan tersebut dikalikan dengan dua untuk mendapatkan bil dua bulan. Kekeliruan yang sering dibangkitkan oleh pengguna adalah apabila pengguna menggunakan 20m3 untuk band satu dan dua dimana sepatutnya 10m3 untuk band satu dan dua.

 

 

TARIF AIR LEMBAGA AIR PERAK (BULANAN)

 

Jenis Bekalan AirKod TarifKadarBayaran Minima
Domestik / Kerajaan 11

  0 - 10m³ = RM 0.30/m³

11 - 20m³ = RM 0.70/m³

    >20m³ = RM 1.03/m³

RM 3.00
Perniagaan / Industri 21

  0 - 10m³ = RM 1.20/m³

11 - 20m³ = RM 1.40/m³

    >20m³ = RM 1.61/m³

RM 12.00
Rumah Ibadat / Badan Kebajikan 41

0 - 20m³ = RM 0.30/m³

   >20m³ = RM 0.34/m³

RM 3.00
Pukal 81

0 - 20m³ = RM 0.60/m³

   >20m³ = RM 0.69/m³

RM 100.00

Berikut adalah contoh pengiraan yang betul bagi penggunaan 90 meter padu. ( Sebagai rujukan kepada pengguna dibelakang Bil Air adalah kadar untuk penggunaan sebulan. )

 

CARA PENGIRAAN KADAR AIR TARIF 11 (DOMESTIK / KERAJAAN)

 

Contoh

Pengiraan 2 (dua) bulan sekali bagi penggunaan 90m3

20m3 pertama pada kadar       @       0.30/m3      = RM 6.00

20m3 kedua pada kadar          @       0.70/m3     = RM 14.00

50m3 berikutnya pada kadar    @       1.03/m3      = RM 51.50

                                                                   JUMLAH    = RM 71.50 untuk 2 bulan.

Pengiraan 1 (satu) bulan sekali bagi penggunaan 45m3

10m3 pertama pada kadar        @      0.30/m3      = RM 3.00

10m3 kedua pada kadar           @      0.70/m3      = RM 7.00

25m3 berikutnya pada kadar     @      1.03/m3      = RM 25.75  

                                                     JUMLAH    = RM 35.75 untuk sebulan.

 

Penggunaan bil dua bulan RM 35.75 X 2 = RM 71.50  (tiada kerugian kepada pengguna)

 

Berikut adalah contoh pengiraan yang salah yang difahami oleh pengguna bagi penggunaan 90 meter padu.

Contoh

Pengiraan 2 (dua) bulan sekali bagi penggunaan 90m3

20m3 pertama pada kadar       @       0.30/m3          = RM 6.00

20m3 kedua pada kadar          @       0.70/m3          = RM 14.00

50m3 berikutnya pada kadar    @       1.03/m3          = RM 51.50  

                                                          JUMLAH        = RM 71.50 untuk 2 bulan.

Pengiraan 1 (satu) bulan sekali bagi penggunaan 45m3

20m3 pertama pada kadar        @       0.30/m3       = RM 3.00 (Sepatutnya 10m3)

20m3 kedua pada kadar           @      0.70/m3        = RM 7.00 (Sepatutnya 10m3)

50m3 berikutnya pada kadar     @       1.03/m3       = RM 5.15 (Sepatutnya 25m3)

                                                           JUMLAH      = RM 15.15 untuk sebulan.

Mengikut contoh diatas pengiraan untuk sebulan yang difahami oleh pengguna adalah salah kerana menggunakan jumlah penggunaan satu bulan yang tidak betul.

 

 

MAKLUMAT PENTING :

 

Amaun tunggakan tiada kaitan dengan amaun cagaran. Tunggakan ini mestilah dijelaskan walaupun amaun tunggakan anda tidak melebihi wang cagaran anda.

 

Ke Atas